Utama Pengenalan Produk & Servis Galeri Hubungi


Udaimatunnur yang bermaksud "Cahaya Putih" menampilkan imej yang lebih islamik dengan koleksi pakaian yang sopan, tidak jarang berserta dengan tudung yang benar-benar menepati citarasa muslimah hari ini.

Pengasasnya, En Ismail Abd Rahman merupakan pereka fesyen pakaian pengantin yang pertama memperkenalkan pakaian pengantin muslimah dengan tudung yang bermanik. Pada tahun 2005, beliau juga turut memperkenalkan anak tudung ikat berserta lilitan tudung yang cantik dan cara ini masih diguna pakai hingga ke hari ini.

Bermula dengan Butik Pengantin Syahirah, kini En Ismail terus ke hadapan dengan memperkenalkan Udaimatunnur. Kejayaan ini ditempa dengan berkat sokongan kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan yang prihatin terhadap butik ini.

Impian En Ismail adalah agar pada suatu hari nanti, konsep pakaian pengantin muslimah ini akan dapat diterima oleh semua orang, tidak kira apa jua golongan dan peringkat umur. Beliau sangat berhasrat untuk melihat imej wanita bertudung agar kelihatan cantik dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Amin.

Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada semua pelanggan yang budiman yang telah memberi sepenuh sokongan kepada butik muslimah ini.

Wassalaam.

Yang Benar,
En Ismail b Abd Rahman
Pengasas Butik Udaibatunnur & Pengasas Anak Tudung Ikat dan Manik serta Lilitan Tudung

Suasana Butik Udaimatunnur